Produk RnD
Produk: ‘SchoolTrac’ – Cip Cegah Ponteng
Sekolah dan ibu bapa kini tidak
perlu bimbang pelajar ponteng sekolah jika menggunakan produk Schooltrac yang
akan mengirim maklumat pergerakan murid dan anak mereka menerusi khidmat
pesanan ringkas (SMS) atau e-mel.
Menerusi sistem itu, murid akan
dibekalkan dengan kad pelajar SchoolTrac menggunakan frekuensi radio yang
mampu mengesan pergerakan keluar masuk murid melalui pagar sekolah ketika
waktu persekolahan.
Kad Schooltrac mengandungi cip dan
disambungkan serta dipantau terus ke pusat data sekolah untuk memaklumkan
guru dan penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau SMS.
Ia menggunakan teknologi Korea
tetapi penyelidikan dan pembangunan (R&D) dilaksanakan di Malaysia oleh
ABRA Corp sendiri.
Info lanjut sila Hubungi: ABRA Corp Sdn Bhd (03-7842 8202)
|
|
Produk: Mesin Membakar Sate
Mesin hasil ciptaan MARDI ini
mampu menghasilkan sehingga 800 cucuk sate dalam sejam. Uniknya dengan mesin sate ini,
pengguna hanya perlu meletakkan daging atau ayam di acuan untuk dicucuk
sebelum ia dibakar dalam masa lima minit dan jangan terkejut kerana R&D
ini mampu membakar 20 cucuk sate dalam satu sesi.
Info lanjut sila Hubungi: Bahagian Penyelidikan MARDI
Alamat:
MARDI
|
|
Produk: Pembungkus
Plastik Mesra Alam
Mengambil inisiatif untuk
mewujudkan ‘situasi menang-menang’ di antara kempen kerajaan dan juga
masyarakat, Prof. Madya Dr. Rahmah Mohamed bersama pelajarnya, Amir Fakhrul
Islam Abdullah, telah menghasilkan ‘Bahan Penguraian Plastik Mesra Alam’
untuk pelbagai jenis industri pembungkusan.
Mereka telah menghasilkan bahan
penambah pengurai polimer dari sumber semulajadi yang boleh dicampurkan dalam
polimer sintetik atau bio-uraian yang biasa digunakan oleh industri polimer
sekarang. Bahan penambah pungurai polimer ciptaan mereka ini membantu
mempercepatkan proses penguraian plastik sehinggga dua bulan sahaja
berbanding bahan plastik biasa yang mengambil masa puluhan tahun untuk
mereput atau terurai. Plastik yang dihasilkan menggunakan produk inovasi
mereka mampu terurai melalui haba, kelembapan dan cahaya matahari.
Info lanjut sila Hubungi: Prof. Madya Dr.
Rahmah Mohamed
|
Produk : Cili Bangi
Cilibangi sejenis cabai yang
dihasilkan oleh seorang saintis UKM pada tahun 1987 yang terkenal kerana
rasanya yang amat pedas tetapi lazat dihasilkan oleh pakar pembiakbakaan,
Prof Madya Dr Ahmed Mahir bin Mohamed Mokhtar Bakri, 63.
Keistemewaan cabai ini bukan saja
rasanya pedas apabila digigit atau dimasak malah memegangnya juga membuat
kita macam terasa pijar – itulah penangan Cilibangi 3.
Info lanjut sila
Hubungi:
Dr Ahmed Mahir
Alamat
: Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM),
43600 Bangi, Selangor,
Malaysia.
|
|
Produk : ‘Car4u’ - Kereta Berkerusi Roda
Car4u memaparkan sebuah kereta
dilengkapi tanjakan pada bahagian belakang untuk memudahkan orang berkerusi
roda masuk. Kereta itu yang menggunakan tenaga solar juga dilengkapi dengan
ciri-ciri keselamatan.
Reka bentuk Car4U menunjukkan
keprihatinan terhadap persekitaran dan adalah suatu usaha untuk menyelesaikan
masalah yang dihadapi orang kelainan upaya. Ia menyediakan penyelesaian yang
kreatif dan boleh merapatkan jurang antara kebolehan orang biasa dengan
mereka yang cacat.
Info lanjut sila Hubungi: Muhammad Syafiq Megat Jiwa, Muhammad
Syakir Zahar Azlan dan Muhammad Waseem Abdullah
|
|
Produk: ‘Penaeus Mondon’ – Pembungkusan Kering Udang Harimau
Udang harimau hidup yang dibungkus
secara kering di dalam habuk papan yang dingin dan disinpan pada suhu rendah
dapat bertahan sehingga 24 jam. Teknik ini membolehkan lebih banyak udang
dapat diangkut pada satu-satu masa dan dengan itu dapat mengurangkan kos
pengangkutan.
Kajian ini memperlihatkan
keupayaan udang yang dibungkus secara kering untuk terus hidup semasa
pengangkutan udara dari Kuala Lumpur ke Hong Kong selama 12 - 14 jam bermula
dari waktu permulaan sehinggalah sampai ke destinasi.
Info lanjut sila Hubungi: Bahagian Penyelidikan MARDI
|
|
Produk: ‘Molecular Property Spectrometer (MPS)’ - Pemeriksa Kestabilan Protein
Differential scanning calorimetry (DSC) adalah kaedah biasa untuk mencirikan kestabilan protein,
tetapi telah dihadkan oleh kadar imbasan perlahan sehingga satu jam setiap sampel, seperti memerlukan sejumlah
bahan contoh yang mahal. Pemampat, mengaliran melalui pengesan yang
dibangunkan oleh pasukan yang diketuai oleh NevadaNano boleh menawarkan
penyelesaian dengan mengaktifkan jumlah-kecil, pemprosessan-tinggi pemeriksaan kestabilan protein.
Molecular Property Spectrometer (MPS) adalah pengesan-berganda, cip silikon tunggal mampu mengukur sifat molekul asas pepejal, cecair dan wap sampel. Dengan menggunakan beberapa teknik, seperti DSC, chemisorption dan analisis termogravimetri, dalam peranti yang sama, MPS mencapai kekhususan lebih tinggi dan kadar positif-palsu yang lebih rendah semasa mengenal pasti sampel yang tidak diketahui. Dengan beberapa mineral pasir tasik, cip mengandungi tetingkap aliran melalui lebar dua rambut manusia dibungkus dengan pemproses dwi-teras. Sistem pengendalian khas dan elektronik untuk mengesan dan menangkap data untuk melengkapkan reka bentuk, untuk menambah baik pemindahan sampel dan kecekapan interaksi. Kadar pemanasan jumlah-kecil adalah 750 kali lebih cepat daripada cecair kalorimeter yang paling cepat, dan jumlah sampel adalah lebih 100 kali lebih kecil daripada yang digunakan dalam lain-lain alatan boleh didapati secara komersial.
Info lanjut sila Hubungi: Kumpulan Pembangunan Molecular Property Spectrometer (MPS):
Jesse Adams, Principal Developer, NevadaNano Ralph Whitten, NevadaNano Lee Deal, NevadaNano Ben Rogers, NevadaNano Steven Malekos, NevadaNano Steve Myers, Mindtribe Adam Rothschild, Mindtribe Jerry Ryle, Mindtribe Mike Ho, Mindtribe Dave Halbert, IP Solutions Gary Marks, IP Solutions Dave Mora, IP Solutions Barry Wise, EigenVector Research Inc. Neil Gallagher, EigenVector Research Inc. Randall Bishop, EigenVector Research Inc. |
|
Produk: Pengeluaran Jus Tropika Jernih
Teknologi pengeluaran jus jernih
daripada buah-buahan tropika telah dihasilkan.Jus buah-buahan jernih
telah dihasilkan daripada beberapa jenis buah-buahan tropika seperti
belimbing, nenas, tembikai wangi, jambu batu, pisang dan lain-lain.
Jus jernih yang dihasilkan
mempunyai ciri-ciri perasa dan rasa seperti buah-buahan tersebut serta mempunyai
nilai pH 2.5 - 5.8 dan pepejal larut 8 - 12 'Brix
Info lanjut sila Hubungi: Bahagian Penyelidikan MARDI
|
|
Produk: ‘BananaSorp’ – Penyerap Minyak
Hasil penyelidikan inovatif
Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr Hanafi Ismail dari Pusat
Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral bersama Profesor Dr Noor
Aziah Abdul Aziz (Pusat Pengajian Teknologi Industri) dan Prosefor Dr Fauziah
Ahmad (Pusat Pengajian Kejuruteraan Awam).
Dr Hanafi berkata, inovasi daripada gabungan sisa pokok pisang dan sisa buangan getah mencipta sejenis bahan bio penyerap minyak untuk mengatasi masalah pencemaran alam sekitar akibat tumpahan minyak di permukaan air atau darat. Menurutnya, bahan bio penyerap itu dihasilkan daripada sisa pokok pisang termasuk daun dan pelepah yang reput. Manakala, sisa buangan getah terdiri daripada tayar, tiub motosikal, sarung tangan getah, paip getah, kasut getah dan getah sekerap yang dikatakan tidak akan terurai atau susah untuk dilupuskan.
Dr Hanafi berkata, cara
menggunakannya cukup mudah dengan hanya menaburkan serbuk berkenaan di permukaan
air atau permukaan darat yang mana mampu menyerap minyak.
“BananaSorp dalam bentuk serbuk itu adalah ringan daripada berat asalnya di samping tidak menyerap air serta sentiasa terapung di atas permukaan air yang memudahkan ia dikutip semula” kata nya lagi.
Info lanjut sila Hubungi : Pusat Pengajian
Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (USM)
|
|
Produk: ‘Greenfinity TM’ - Pengecas TelefonBimbit Menggunakan Tenaga Suria
Profesor Madya di Jabatan
Elektrikal, Elektronik dan Sistem Kejuruteraan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) itu bertekad mencipta pengecas murah untuk menolong mereka – lantas
diciptanya pengecas kecil mengguna tenaga suria diberi nama Greenfinity TM.
Alat berukuran 19 sentimeter x
36.5 sentimeter ini bukan saja mampu mengecas telefon bimbit malah tenaga
keterbaharuan di simpan dalam bateri kecilnya mampu digunakan untuk memasang
lampu menerangi malam.
Ia turut mampu membekalkan tenaga
menggerakkan peralatan elektronik kecil. Dijual dengan harga RM150 sebuah
hampir 500 sudah pun dijual sebahagian besarnya di Bangladesh.
Alat itu mempunyai jaminan boleh
pakai sehingga 25 tahun dan boleh mengecas dua telefon bimbit serentak
memakan masa dua jam setengah atau sejam kiranya sebuah telefon di cas.
Pengecas itu direkabentuk untuk
membolehkan pelbagai jenis telefon dicas memandangkan penyambung alatcas
telefon berbeza seperti penyambung khas untuk Nokia, mini USB dan penyambung
untuk Sony-Ericsson.
Ia juga mempunyai sambungan
tambahan berbentuk klip untuk mengecas bateri berkekuatan enam voltan. Ini
membolehkan pemiliknya menikmati bekalan elektrik tersimpan pada waktu malam
untuk memasang lampu yang menggunakan enam voltan kuasa.
Pengecas ini menggunakan bahan
elektronik kekal dan komponen pasif yang membuat ia tahan lama tanpa
mengeluarkan isyarat gangguan kepada telefon bimbit.
Panel suria pengecas ini diperbuat
daripada poli kristal silikon 5Wp bersaiz 19 sentimeter x 36.5 sentimeter
disahkan oleh TUV yang memberikannya jaminan selama lebih 20 tahun. Alat
pengawal elektronik di belakang pengecas ini dijamin selama lima tahun.
Info lanjut sila Hubungi : Dr Nowshad Amin
Alamat
: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),
43600 Bangi, Selangor, Malaysia.
E-mail
: nowshad@eng.ukm.my
|