Jumlah Pinjaman TEKUN
|
Pinjaman
|
Jumlah
|
Tempoh Bayaran
|
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) |
RM 1,000 – RM5,000
| Sehingga 3 tahun |
Skim Pinjaman Mikro ( SPM ) |
>RM 5,000 – RM10,000
| Sehingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Kecil ( SPK ) |
>RM 10,000 – RM50,000
| Sehingga 5 tahun |
Skim Pinjaman Sederhana ( SPS ) |
>RM 50,000 – RM100,000
| Sehingga 10 tahun |
|
Tempoh Bayaran Balik
|
Tempoh bayaran balik pinjaman adalah antara 6 bulan hingga 10 tahun.
|
Cara Bayaran Balik
|
Peminjam WAJIB datang membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek Tertunda Tarikh.
|
Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN
|
Usahawan diminta membayar Sumbangan Tabung Pengurusan TEKUN sebanyak 4%
daripada nilai pinjaman setiap tahun sepanjang tempoh pinjaman. Bayaran
sumbangan ini hendaklah dibuat bersama dengan bayaran balik pinjaman.
|
Bayaran Proses
|
Pinjaman
|
Bayaran
|
RM 1,000 – RM 5,000
|
RM 50
|
> RM 5,000 – RM 10,000
|
RM 100
|
> RM 10,000 – RM 20,000
|
RM 150
|
> RM 20,000 – RM 30,000
|
RM 200
|
> RM 30,000 – RM 40,000
|
RM 250
|
> RM 40,000 – RM 50,000
|
RM 300
|
> RM 50,000 – RM 100,000
|
RM 500
|
|
Simpanan
|
Usahawan diminta untuk membuat simpanan sebanyak 5% daripada nilai
pinjaman setiap tahun. Simpanan ini hendaklah dibuat bersama dengan
bayaran balik pinjaman.
|
Perlindungan Insuran
|
Usahawan TEKUN akan mendapat perlindungan di bawah Insuran Pinjaman dan
Insuran Hayat & Kemalangan ( peminjam ) yang ditetapkan oleh TEKUN
Nasional dalam tempoh pinjaman.
|
Syarat Kelayakan Asas Pinjaman TEKUN Nasional
|
- Bumiputera dan Masyarakat India ( Program Khas Skim Pembangunan Usahawan Masyarakat India - SPUMI )
- Berumur 18 – 60 tahun.
- Telah menjalankan perniagaan atau mempunyai cadangan atau rancangan perniagaan usaha niaga yang berpotensi dan berdaya maju.
- Mempunyai lesen / Permit / Daftar Perniagaan yang sah .
- Mempunyai tempat / lokasi perniagaan yang khusus atau berniaga secara bergerak ( mobile ).
-
Terlibat secara langsung dan sepenuh masa dalam perniagaan ( Pinjaman
sehingga RM 5,000 boleh dipertimbangkan bagi pemohon yang berniaga
secara sambilan )
- Satu pinjaman bagi satu isi rumah ( kecuali perniagaan yang berasingan dan rekod bayaran balik yang baik bagi isirumah ).
- Bayaran balik pinjaman RM 20,000 sehingga RM 100,000 menggunakan bayaran Cek Tertunda Tarikh ( Post- Dated Cheque ).
- Bayaran balik satu bulan permulaan akan ditolak daripada pinjaman yang diluluskan.
-
Pemohon yang ingin memulakan perniagaan dikehendaki mempunyai modal
sendiri sebanyak 20% daripada keperluan pinjaman / perniagaan sebagai
komitmen untuk menjalankan perniagaan ( kecuali permohonan di kalangan
siswazah ).
- Pinjaman perniagaan sedia ada tidak melebihi RM 100,000.
SKIM PINJAMAN TEKUN (SPT)
SKIM PINJAMAN MIKRO (SPM) : RM 1,000 - RM 10,000
|
-
- Pinjaman RM 5,000 dan ke bawah
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Umur 18 – 60 tahun.
- Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib sehingga 5% setahun.
- Perlukan pendaftaran perniagaan.
- Lesen PBT ( sekiranya ada ).
- Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 7 hari.
- Kelulusan pinjaman di peringkat Kawasan.
- Tempoh bayaran balik sehingga 3 tahun.
- Penyaluran pinjaman secara autodebit.
- Perniagaan sambilan atau sepenuh masa.
- Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
- Borang Maklumat Asas Perniagaan ( JPP 06 ) wajib diisi.
- Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
- Peminjam WAJIB datang
membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek
Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).
-
- Pinjaman > RM 5,000 – RM 10,000
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Umur 18 – 60 tahun.
- Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
- Perlu pendaftaran perniagaan
- Perlu lesen PBT ( jika berkenaan ).
- Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 14 hari.
- Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
- Penyaluran pinjaman secara autodebit.
- Perniagaan dijalankan secara sepenuh masa (separuh masa boleh dipertimbangkan).
- Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
- Borang maklumat asas perniagaan JPP 06 wajib diisi.
- Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK ).
- Peminjam WAJIB datang
membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek
Tertunda Tarikh ( sekiranya ada ).
|
SKIM PINJAMAN KECIL (SPK) : > RM 10,000 - RM 50,000
|
-
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Umur 18 – 60 tahun.
- Had pinjaman melebihi RM 10,000 sehingga RM 50,000.
- Tempoh bayaran balik sehingga 5 tahun.
- Sumbangan Pengurusan sehingga 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
- Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 21 hari.
- Perlu pendaftaran perniagaan atau syarikat.
- Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
- Perniagaan yang dijalankan secara sepenuh masa.
- Kelulusan pinjaman atas nama syarikat dan rakan kongsi bagi pinjaman RM20,000 dan ke atas ( 100% milik Bumiputera ). Pinjaman kurang RM20,000 menggunakan nama individu.
- Penyaluran pinjaman menerusi autodebit ( pinjaman kurang RM20,000 ) atau cek.
- Kertas Rancangan Perniagaan ( KRP ) wajib dikemukakan.
- Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
- Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
- Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
- Wajib hadir Seminar / Kursus Asas Keusahawanan ( SAK / KAK )
- Peminjam WAJIB datang
membuat bayaran balik pinjaman di Pejabat TEKUN Kawasan atau menerusi
BSN, Maybank, Bank Rakyat, Agrobank dan Pos Malaysia atau menerusi Cek
Tarikh Tertunda ( CTT ) ( pinjaman RM 20,000 dan ke atas, wajib mengemukakan CTT, sekurang-kurangnya 12 keping )
- Had modal berbayar tidak melebihi RM 100,000 ( Modal berbayar melebihi RM100,000 boleh dipertimbangkan ).
|
SKIM PINJAMAN SEDERHANA (SPS) : > RM 50,000 - RM 100,000
|
-
- Warganegara Malaysia dan Bumiputera.
- Umur 18 – 60 tahun.
- Had pinjaman melebihi RM50,000 sehingga RM100,000.
- Tempoh pinjaman sehingga 10 tahun.
- Sumbangan Pengurusan 4% setahun dan simpanan wajib 5% setahun.
- Tempoh kelulusan dan penyaluran pinjaman dalam masa 30 hari .
- Perlu lesen PBT ( sekiranya berkaitan ).
- Penyaluran pinjaman menerusi cek.
- Kadar yuran proses bagi pinjaman melebihi RM50,000 hingga RM100,000 adalah RM500.
- Permohonan dan kelulusan kepada syarikat atau perniagaan berdaftar.
- Syarikat / perniagaan milik 100% Bumiputera.
- Kelayakan permohonan bagi tempoh penubuhan dan operasi syarikat adalah melebihi 6 bulan beroperasi.
- Keutamaan kepada Usahawan TEKUN sedia ada yang
mempunyai prestasi perniagaan dan rekod bayaran balik yang baik (
pertimbangan juga boleh diberikan kepada pemohon yang bukan dari
kalangan Usahawan TEKUN yang mempunyai prestasi perniagaan yang baik )
-
Semakan kredit wajib dilaksanakan ( Pinjaman perniagaan sedia ada tidak
melebihi RM100,000 dan mempunyai prestasi bayaran balik yang baik )
- Usahawan hanya dibenarkan untuk mendapatkan satu pinjaman dalam satu masa.
-
Surat makluman penyaluran pinjaman akan dikemukakan kepada syarikat
sekiranya cek pinjaman telah diserahkan sebagai rujukan dan pengesahan
syarikat.
- Wajib mengemukakan Kertas Rancangan Perniagaan (KRP).
- Had modal berbayar tidak melebihi RM 300,000 ( Modal berbayar melebihi RM300,000 boleh dipertimbangkan ).
- Mengemukakan penyata akaun bank ( 3 bulan terakhir ).
- Wajib hadir Kursus Pengurusan Perniagaan ( KPP ).
- Peminjam WAJIB membuat bayaran balik pinjaman hanya menerusi Cek Tarikh Tertunda ( CTT ) - 24 keping
|
|