MidTerm Challenge




POSTER :








Pengenalan :








i) membina rumah
Bagi membina rumah pemain perlulah berdiri membelakangkan kesemua petak di garisan    permulaan dan mencampakkan kedalam mana-mana petak dan disitulah kedudukkan rumahnya. Sekiranya gundu yang dibaling terkena diatas garisan maka pemain tersebut dikira kalah. Setiap pemain haruslah memijak kedua-dua belah kaki di petak rumah dan tidak dibenarkan memijak petak rumah lawan. Sekiranya pemain memijak atau lupa maka ianya dikira kalah.

ii) Pemenang:  Pemenang di kira berdasarkan jumlah rumah terbanyak yang dapat di kumpulkan oleh pemain.

iii) Pemati : Pemain dikira mati sekiranya buah dilontar atau kaki terkena pada garisan petak. Pemain juga dianggap mati apabila memijak dua belah kaki serentak kedalam sayap.

iv) Produk yang syarikat kami keluarkan ini dapat berhubung dengan tab atau telefon pintar dengan mengimbas QR kod di telefon masing-masing untuk memilih antara permainan dan pembelajaran.

v) Setelah mengimbas QR kod tersebut, muaturun aplikasi permainan tersebut. Untuk permainan , kita akan imbas paparan iteng-teng tersebut untuk memulakan permainan.

vi) Selain dari permainan, pelanggan juga boleh memilih untuk belajara matapelajaran matematik seperti operasi tambah, tolak, bahagi dan darab.


Masalah :




  • Kanak-kanak ketagih dengan gajet yang membawa kesan buruk kepada kesihatan kanak-kanak.
  • Kurang pendedahan kepada permainan tradisi.
  • Kanak-kanak kurang bersosial dan berkomunikasi dengan ibu bapa atau orang lain.
  • Kurang perhatian dalam palajaran.

Kelebihan : 


  • Produk ini mudah alih dan tahan lasak.
  • Sesuai dengan rung kediaman yang terhad seperti rumah flat, teres dan sebagainya.
  • Kaedah pembelajaran yang menyeronokkan sesuai dengan usia kanak-kanak.
  • Mengeratkan hubungan keluarga.
  • Memartabatkan permainan tradisi yang semakin pupus.
  • Memperkenalkan kepada semua kaum.