From Zero to Hero - Rafidah

Puan Hajah Faiza 


Pengarah Urusan Syarikat Faiza Sdn. Bhd



Nama

:

Faiza Bawumi Sayed Ahmad.
Umur : 69 Tahun
Asal :
Mesir
Pendidikan : Diploma Jahitan
Pencapaian : ISO 9001:2000 oleh SIRIM pada Mac 2004, anugerah Superbrand Taj Mahal oleh Superbrand Malaysia pada November 2003, anugerah sijil Halal 2003 oleh JAKIM dan anugerah Pembekal Beras Terbaik BERNAS pada Julai 2001

Latar Belakang Puan Hajah Faiza 

Puan Hajah Faiza adalah pemilik syarikat pemborong beras Syarikat Faiza Sdn. Bhd. Beliau adalah wanita kelahiran Mesir yang berhijrah ke Malaysia pada tahun 1964 kerana mengikut suaminya. Beliau fasih berbahasa Melayu dan mampu menguasai bahasa Melayu setelah hanya tiga bulan berada di Malaysia.

Meskipun sudah berusia lingkungan 60an, beliau yang juga seorang nenek kepada 32 cucu sibuk masih giat merancang strategi bagi mengukuhkan kedudukannya dalam pelbagai cabang perniagaan di negara ini.

Kisah bagaimana beliau dijodohkan dengan suaminya seorang lelaki asing yang sedang melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar ketika itu tidak pernah dikenalinya, amat menarik dibaca. Ketika bapanya menyuruh beliau berkahwin dengan jejaka itu Faiza Bawumi baru sahaja berusia 16 tahun manakala suami beliau Abu Bakar Ahmad, 34. Namun kerana taat akan suruhan bapanya yang menyuruh beliau mengahwini Abu Bakar selepas bapanya yang beristikharah beberapa kali, Faiza akur. Setelah berkahwin dan dikurniakan cahaya mata yg pertama, beliau di bawa oleh suaminya untuk berhijrah ke Malaysia.

Untuk menghabiskan masa seharian, Faiza mencari aktiviti berfaedah yg boleh dilakukan bagi mengelakkan masanya terluang begitu sahaja. Faiza yang memangnya dilahirkan dalam keluarga yang juga bergiat dalam perniagaan sememangnya cenderung melakukan aktivit-aktiviti perniagaan kecil untuk memenuhi masa lapangnya.


Sejarah Penubuhan Syarikat Faiza Sdn.Bhd 

Kejayaan syarikat sekarang ini tidak datang dengan mudah. Beliau bermula dengan mengambil upah menjahit sulaman dengan modal RM4 selain menjual pelbagai barangan dapur. Kemudiannya beliau beralih membuat rempah kari dibawah jenama Bunga Raya yang dilakukan di rumah dan mengedarkannya dikedai-kedai.

Modal daripada menjual rempah kari itu digunakan untuk membuka kedairuncit. Menerusi syarikat FAIZA dimulakan pada tahun 1982, beliau menjalankan aktiviti runcit sebagai perniagaan teras. Dari situ beliau mendapati pemborong beras kebanyakannya dibekalkan oleh kaum lain.

Pada permulaan perjalanan syarikatnya, Faiza mula belajar mengenal pelbagai jenis beras. Sebelum menjual beras, beliau terpaksa pergi dari satu kedai ke kedai lain bagi mendapatkan maklum balas sama ada mereka akan membeli berasnya jika beliau menjualnya.

Sekitar tahun 1992, Syarikat FAIZA secara rasminya diperbadankan menjadi Syarikat FAIZA Sdn. Bhd. (SFSB), dan menjalinkan modal usaha (venture capital)dengan Padiberas Nasional (BERNAS) pada tahun 1997.


Produk  Beras Keluaran Syarikat Faiza


1. Beras Herba Ponni Taj Mahal

    Ditanam di kawasan sawah di sepanjang sungai di Selatan India.
    Rendah karbohidrat. Sesuai untuk orang yang mengidap penyakit diabetis dan hipertensi.
    Tinggi kalisum. Baik untuk tulang dan gigi.
    Tahan lama.


2. Moghul Faiza Basmathi

    Diimport dari Pakistan
    Ditanam dalam sawah yang paling subur Punjabi, dikenali sebagai “Kallar Tract” di mana salji dari gunung mengalir ke dalam tanah pamah.
    Dengan mudah terkisar, tidak melekat, lembut dalam tekstur dengan aroma semula jadi.
    Sesuai untuk nasi beriani, nasi tomato, nasi ayam dan sebagainya.



3. Beras Basmathi
Diimport khas dari Pakistan. Ia mempunyai tekstur putih dan bersih. Sebelum dimasak, perlulah direndam 10-20 minit untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Sesuai untuk nasi beriani, nasi Bukhari dan sebagainya.



4.Beras Lagenda
Pilihan terbaik beras wangi diimport dari Thailand. Ia putih, aroma yang wangi dan  berkualiti tinggi selain tekstur yang lembut.  Sesuai untuk nasi ayam, nasi tomato dan sebagainya.

                  

5.Beras Mahsuri
Diimport dari Thailand.Putih, bersih dan tidak melekat.Sesuai untuk nasi lemak, nasi goreng, nasi ayam dan sebagainya.

6.Beras Faiza Emas
Beras hasil tempatan.Sesuai untuk semua jenis masakan nasi seperti nasi lemak. nasi putih, nasi goreng dan sebagainya.






Produk lain

  • Santan Serbuk
  • MSG
  • Bubur
  • Garam
  • Ketupat Segera
  • Kicap
  • Tepung
  • Air Galian
  • Madu Import
  • Mihun segera


Anugerah Yang Diterima
  • Pengiktirafan “Produk Pilihan BERNAS”-2002
  • Persijilan ISO 9001/2000 -2004
  • Pengiktirafan “ Super Brand Malaysia” -2003/2004 
  • Pengiktirafan “Produk Halal” -2004
  • Pengiktirafan Produk Taj Mahal Oleh NADI (National Diabetes Institute) -2004
  • Pengiktirafan “Super Brand Reader Digest” –2004/2005
  • Sijil Penghargaan Kementerian Kesihatan –2006
  • Pengiktirafan Penyayang Johor Organisasi Swasta –2009
  • Pengiktirafan Graduan Skim Kilang SME Bank –2010
  • Pengiktiirafan ISO : 9001: 2008 –2010
  • Pengiktiirafan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan -2010

Sumbangan Kepada Masyarakat

•Bantuan biasiswa kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.
•Bantuan kepada mangsa banjir dan pusat-pusat penempatan banjir
•Sumbangan produk kepada masjid-masjid, surau, agensi kerajaan, swasta dan sekolah-sekolah sempena majlis sambutan Maulidul Rasul.
•Tajaan mengerjakan umrah kepada pekerja terpilih.
•Pemeriksaan kesihatan percuma (Random Blood Sugar) kepada orang ramai.
•Program Bersamamu bersama dengan TV3 selama 7 tahun.
•MoU dengan National Diabetes Institute (NADI) selama 3 tahun.
•Bekerjasama dalam menubuhkan Koperasi Masjid melalui ANGKASA.
•Latihan industri kepada pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi yang terpilih di seluruh Malaysia.
•Faedah-faedah kepada pekerja syarikat. E.g faedah perubatan, bilik solat, cuti tahunan, anugerah pekerja cemerlang, latihan.

Tips Kejayaan Puan Hajah Faiza

1. Bangun tidur pukul 4:30 pagi setiap hari dan tidur awal sekitar pukul 10:30 malam.
2. Tidak lupa membaca Al-Quran setiap hari.
3. Niat beliau untuk berniaga bukanlah untuk menjadi kaya raya, tetapi untuk membantu ,masyarakat di negara ini seramai mana yg boleh agar mereka juga dapat merasa rezeki yg diperolehi. Syarikat Faiza muncul di antara syarikat yg paling tinggi membayar zakat di Malaysia.
4. Mengamalkan solat sunat Dhuha dan tidak lupa membaca surah Al-Waqiah.
5. Menganggap semua pekerjanya sebagai anak sendiri.
6. Tegas dengan pekerja yang bermasalah.


Sumber Rujukanhttp://usahawan-berasfaiza.blogspot.my
http://iksprofile.blogspot.my/
http://wanita-gddotcom.blogspot.my/2011/12/tokoh-puan-hjh.html