Datuk Wan Mohammad Sani Salleh
Pengarah Urusan Sani United Sdn Bhd (Sani Express Sdn Bhd, Sani Properties Sdn Bhd dan Sani Hotel Sdn Bhd).
|
Usia |
: |
39 tahun |
Asal | : | Kuala Ibai, Kuala Terengganu, Terengganu | |
Adik Beradik | : | 03-7727 1445 Keempat daripada enam beradik | |
Pendidikan | : | Diploma Pengurusan Perniagaan Kolej Sunway (1994) | |
Pencapaian | : | Dianugerahkan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah (Jun 2009) dan Anugerah Usahawan Cemerlang Dewan Perniagaan Melalyu Malaysia (DPMM) Kuala Lumpur (April, 2009) |
Latar Belakang Datuk Wan Mohammad Sani
Datuk Wan Mohammad Sani Salleh nama yang dikenali di serata semenanjung berikutan banyaknya transportasi berlabelkan Sani Ekspres di jalanraya. Samaada musim cuti sekolah atau cuti raya bahkan tiap-tiap hari pasti kita akan melihat kelibat bas yang megah bewarna merah di pelusk jalan raya.
Memiliki syarikat Sani United Sdn. Bhd. (SUSB) pada usia 35 tahun, anak muda ini bagaikan memiliki segala-galanya. Perniagaan transportation Bus yang memberikan pulangan jutaan ringgit dan memiliki pusat operasi sendiri dengan kos 7 juta ringgit.
Dia awal usia 35 tahun beliau telah pun merangkul pelbagai pengiktirafan termasuk Tokoh Usahawan Muda, anugerah yang dinobatkan oleh Persatuan Pedagang dan Pengusaha Melayu Malaysia (Perdasama). Malah, beliau dianggap ikon generasi muda dalam dunia perniagaan pada masa kini.
Terbaru Datuk Sani mengembangkan perniagaan beliau ke bidang perhotelan. hotel yang terletak di Kuala Lumpur menberikan Keselesaan bertaraf 3 hingga 5 bintang. dengan fasilitis yang senang di akses ia memudahkan pengguna.
Keistimewaan Bas Ekspress Sani

Setiap bas dua tingkat Sani Express menggunakan tayar jenis Michelin XZE 2+ yang berprestij tinggi dan mampu memberi cengkaman yang lebih baik di lebuh raya.
Syarikat bas Sani Express tidak menggunakan tayar celup atau tayar terpakai kerana tahu ia boleh mendatangkan bahaya kepada kenderaan dan juga penumpang. Pihak syarikat yakin apabila keselamatan terjamin sudah pasti penumpang akan berasa lebih selesa dengan perkhidmatan yang disediakan. Semua perkara tersebut adalah antara ciri-ciri keselamatan khas yang ada pada setiap bas dua tingkat Sani Express keluaran Scania. Malah, semua bas diselenggarakan oleh Scania(Malaysia) Sdn Bhd dan bas-bas dilengkapi dengan beberapa alatan tambahan untuk keselamatan kenderaan dan juga penumpang itu sendiri.
Pihak syarikat juga menggunakan peralatan seperti ‘speed limiter’ yang bertujuan untuk memastikan bas-bas dipandu pada kelajuan yang dibenarkan dan tidak boleh melebihi kelajuan yang telah ditetapkan.
Pihak syarikat Sani Express juga memasang alat pengesanan (Global Positioning System) atau lebih dikenali GPS di semua bas-bas yang membolehkan pihak pengurusan memantau setiap pergerakan bas. Kini, mereka sedang merangka sistem pengurusan kenderaan dan pengurusan pemandu secara dalam talian atau on-line di mana membolehkan pihak pengurusan memantau secara terperinci setiap butiran mengenai kenderaan dan juga pemandu agar langkah keselamatan dapat dipertingkatkan ke tahap yang maksimum demi menjamin keselamatan dan keselesaan penumpang.
Apabila Sani Express Sdn Bhd melupuskan semua bas setingkat dan menempah 25 bas dua tingkat, syarikat milik penuh Bumiputera itu mahukan kenderaan berteknologi yang mempunyai ciri-ciri kesela matan terbaik untuk penumpang.
Oleh itu, semua bas dua tingkat Scania milikS ani Express yang kerangka(chasis) diimport dari Sweden itu memiliki sistem pengenda lian berteknologi tinggi dan sistem pemberitahuan pema alahan berkomputer yang dikelaskan sebagai terbaik di dunia. Mekanik kanan Scania (Malaysia) Sdn Bhd, Mohammad Fauzi Zainoh, berkata bas dua tingkat Sani Express da ripadajenis K 124 EB 6x2 yang unik dan antara produk pertama dibawa masuk Scania ke negara ini.
Katanya, enjin yang dipasang daripada jenis DC12 01 (Euro 3) iaitu bermakna bas dua tingkat milik Sani Express mempunyai 12,000cc dan mematuhi tahap penge luaran gas asap ekzos yang dipanggil Euro 3. Menurutnya, semua bas Sani Express unik kerana mempunyai sistem brek tamba han yang dipanggil Elektro nik Breaking System (EBS), selain Anti Breaking System (ABS), pedal brek kendalian pemandu dan ‘Retarder’.
“Retarder adalah sistem brek dipasang dalam kotak gear. Ia akan memperlahan kan bas secara lima peringkat dan melambatkan enjin. Ia bertindak selari dengan tindakan pemandu yang menekan pedal brek,” katanya.
Mohammad Fauzi berkata, EBS merangkumi semua sistem brek yang dipasang pada bas Scania yang akan bertindak antara satu sama lain untuk memastikan bas berhenti dengan selamat jika ada kecemasan. “Satu petanda yang boleh dilihat jika kenderaan berat dipasang EBS apabila ekzos mengeluarkan asapberlebihan ketika pemandu membrek.
“Sehubungan itu, bas Scania yang dimiliki Sani Express atau mana-mana syarikat yang sama jenisnya dengan bas Sani Express dilengkapi brek angin, Retarder, pedal brek, ABS dan EBS,” katanya ketika ditemui di pejabat Scania di Bukit Jelutong, Shah Alam, semalam. Katanya, bas terbabit juga dipasang ‘Traction ControlSystem’ atau sistem mengawal cengkaman tayar dan ‘Anti-roll Bars’ agar kenderaan terbabit tidak terhoyong-hayang dan senget apabila melalui selekoh.
“Setiap tayar pula dipasang alat pengesan khas yang akan menghantar isyarat kepada sistem kenderaan, tayar manakah yang laju dan ia sendiri kemudian mengawal kelajuan itu dan mengimbangi bas,” katanya.

Sejarah Pembangunan Sani United Berhad
Pengalaman silam menaiki pelbagai jenis bas mendorong Datuk Sani untuk mengusahakan perkhidmatan bas yang lebih baik berdasarkan pengalaman. kajian terperici disertakan analisis dan susunan strategi yang mantap membolehkan penubuhan syatikat Sani United Berhad yang di stabilkan pada Januari 9 2007 di Kuala Terengganu.
15 single deck menghala ke Kuala Terengganu dan kemudiannya diluaskan ke Kota Baharu, kelantan dan seterusnya ke Kuantan. Pada tahun 2008 Sani United meningkatkan perkhidmatan dengan menukarkan Bus kepada Dua Deck (double decker) dengan servis yang lebih baik kepada penumpang.
Pada 2008 Sani Ekspres berkembang luas ke utara yang menghubungkan ke bandar utama butterwoth, Sungai Petani, Alorsetar, Jitra, Cangloon, Kangar dan Kuala Perlis. Kini seluruh semenjung boleh mendapatkan perkhidmatan Sani Ekspres kerana berkembangnya sistem perkhidmatan yang baik.
Kebanyakkan Bus milik Sani United Berhad dilengkapi dengan teknologi canggih yang enginnya di bangunkan oleh SCANIA Malaysia. Manakala badab dan structure model R88 dibangunkan oleh SKS Coach Builders. kecanggihan itu meyakinkan lagi pengguna untuk menaiki bus milik Sani United.

Kejayaan Datuk Wan Mohammad Sani Salleh

Pada usia muda ini, perniagaan beliau yang memberi pulangan jutaan ringgit, bangunan sendiri sebagai pusat operasi perniagaan dengan kos pembelian serta pengubahsuaian mencecah RM7 juta, memandu kereta Ferrari F360 Modena bernilai RM1 juta dan mendiami banglo mewah bernilai RM 9 juta.
Bagi Wan Mohd Sani atau lebih mesra dengan panggilan Sani, apa dikecapinya hari ini di luar jangkaan, malah tidak pernah diimpikannya. Beliau memulakan perniagaan atas dasar minat dan mahu merubah kehidupannya ke tahap lebih baik.
Selama beberapa tahun menceburi bidang hiburan, beliau mengakui tidak nampak masa depannya dalam bidang itu. Rakannya sejak zaman kanak-kanak, Datuk Sharifuddin dijadikan sebagai inspirasi selepas melihat rakannya berjaya dalam perniagaan. Dengan itu, beliau meletakkan tekad untuk merubah tahap kehidupannya dengan berniaga sendiri.
Beliau bermula dengan membuka bengkel membaiki kenderaan di beberapa tempat seperti Kuala Lumpur dan Terengganu dan seterusnya mencuba perniagaan dalam bidang pengangkutan iaitu bas yang sememangnya menjadi minatnya. Ketika memulakan perniagaan dalam bidang pengangkutan, pelbagai cabaran getir terpaksa ditempuh dan beliau perlu bekerja keras sehingga terpaksa tidur di pejabat. Pada 2003 Sani menubuhkan SUSB khusus untuk perniagaan pengangkutan itu. Ketika itu, beliau berkerjasama dengan dua lagi rakan kongsi. Namun tidak lama kemudian dua rakan itu menarik diri menyebabkan beliau terkontang-kanting seorang diri. Keadaan ketika itu memang getir.
Ketika itu beliau hanya ada seorang pekerja dan dengan menggunakan sepenuhnya kudrat dan buah fikirannya, segala perancangan untuk memulakan operasi bas ekspres yang diimpikannya hanya menampakkan hasil selepas tiga tahun bertungkus lumus dan modal daripada institusi kewangan.
Pada Januari 2006 Sani Express wujud di jalan raya dan perjalanan perniagaan berjalan dengan lancar dan mendapat sambutan, perniagaan beliau menjadi semakin berkembang. Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.

Cabaran dalam menjadi usahawan berjaya
Ditanya mengapa industri pengangkutan menjadi pertaruhannya, Wan Mohammad Sani berkata, tiada sebab lain kecuali sektor tersebut begitu mencabar sehingga memerlukan semangat yang kuat kerana ia bukan mudah, selain risiko juga cukup banyak.
Namun, beliau tidak menafikan kesukaran yang dilaluinya berbaloi apabila Sani Ekspres kini adalah peneraju dalam pengangkutan ekspres di Malaysia.
“Apapun pada Januari 2006 Sani Express ada di jalan raya dan alhamdulillah perjalanan perniagaan ini lancar, mendapat sambutan dan sejak itu perniagaan saya semakin pesat berkembang,” katanya.
Sani membuktikan ‘jalan’ dipilihnya berbaloi kerana hanya dalam tempoh tiga tahun Sani Express menunjukkan prestasi luar biasa.
Daripada seorang pekerja, Sani kini mempunyai 150 kakitangan sendiri. Daripada pejabat kecil di Ukay Perdana, Sani kini ada wisma sendiri yang dibeli dan diubahsuai dengan belanja mencecah RM 7 juta.
Wisma tiga tingkat dinamakan Wisma Dato’ Sani di Klang Sentral itu serba lengkap. Selain menjadi pusat operasi, wisma itu dilengkapi asrama, pusat latihan dan surau.
Paling menarik, segala operasi di kaunter tiket Sani Express di setiap negeri dipantau secara langsung menerusi kamera litar tertutup yang dipancarkan terus ke wisma berkenaan.
Menurut Sani, selain minat, antara faktor kejayaannya adalah sikapnya yang tidak malu bertanya dan belajar daripada sesiapa saja.
“Saya bukan sekolah tinggi sangat. Saya belajar daripada orang berpengalaman, malah dengan sesiapa saja. Dengan pemandu bas saya belajar, dengan mekanik saya belajar, malah dengan orang yang pernah gagal juga saya belajar kerana kegagalan itu akan saya jadikan iktibar.
“Daripada situ kita dapat ilmu, malah sampai sekarang saya masih belajar. Saya buat analisis dan kajian sendiri, baru kita boleh kendalikan perniagaan dengan baik,” katanya.
Beliau berkata, biarpun SUSB adalah miliknya, tetapi dia masih bekerja seperti makan gaji untuk memastikan syarikat itu menjadi sebuah syarikat pengangkutan terbesar akan tercapai suatu hari nanti.
”Saya sedar impian ini sukar dan saya tidak ada jalan lain kecuali berusaha, berusaha dan berusaha,” ujarnya.
Sumber Rujukan
http://www.saniexpress.com.my/aboutus.html
http://sanihotel.com.my
http://usahawanterbilang-berjaya.blogspot.com/
http://www.scribd.com/doc/
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0716&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm
http://ceritausahawan.blogspot.my/2014/01/kisah-kejayaan-datuk-wan-mohammad-sani.html
http://kisahbest.org/2013/05/siapakah-pengasas-sebenar-sani-ekspres-menarik/
http://pae-koleksibasdantruck.blogspot.my/2011/04/sani-express-satu-dimensi.html