Profil Usahawan Pilihan
Datuk Yusuf
Taiyoob
NAMA: Datuk Yusuf Taiyoob
JAWATAN: Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd
ASAL: Georgetown, Pulau Pinang
ISTERI: Datin Yusnita Ramli
ANAK: Waseem , Safiya dan Safina
ADIK-BERADIK: Anak sulung daripada empat beradik
JENIS PERNIAGAAN: Kurma, makanan dalam tin, rempah, makanan kering dan jus buah-buahan
Datuk Yusuf Taiyoob, 47
pemilik syarikat kurma dan makanan berpangkalan di Pulau Pinang itu pernah
muntah darah kesan pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan
apabila perniagaan pertamanya, penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang
Antarabangsa Bayan Lepas, jatuh merudum walaupun mendapat sambutan menggalakkan
di peringkat awal. Ketika itu, usianya baru 19 tahun. Akibat tekanan hebat dan
tidak dapat menghadapi kenyataan pada usia muda, beliau tidak dapat tidur malam
dan menjaga pemakanan sehingga pada satu malam dia dikejarkan ke hospital dalam
keadaan separuh sedar. Selain itu, Banyak cabaran yang terpaksa dilaluinya
sebelum mencapai tahap sekarang Katanya, beliau pernah dihalau danproduknya
dicampak begitu saja tanpa dilihat terlebih dulu. Namun, cabaran yang dihadapi
itu sama sekali tidak melemahkan semangatnya, malah selepas peristiwa muntah
darah serius sehingga tubuh badan kurus akibat perniagaan merudum, beliau terus
mencari peluang untuk membuka perniagaan baru di lokasi lain. Kesungguhan beliau
untuk berjaya dalam bidang perniagaan sememangnya tidak dapat dinafikan. Zaman
remaja beliau sudah bermandikan cabaran demi cabaran dalam dunia perniagaan.
Bermula dengan penjualan minyak wangi di Lapangan Terbang Bayan Lepas, yang
diadun sendiri oleh beliau ketika berumur 19 tahun, penerimaan pada peringkat
awal adalah sangat memberangsangkan.
Yang menarik, kompleks kilangnya
terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan,
sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna
coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.
Memang tidak dapat dinafikan, dugaan yang beliau hadapi, memberi kesan terhadap
usahanya menjadi seorang usahawan berjaya. Namun, beliau nekad untuk menukar
bentuk perniagaan yang lain dengan mengimport makanan termasuk kurma secara
kecil-kecilan. Tanpa beliau sedari, Ketabahannya itu membuahkan hasil apabila
perniagaannya berkembang maju sehingga beliau mampu menjadi pengeluar dan
pembekal buah kurma dan makanan untuk pasaran tempatan serta negara jiran
termasuk Singapura, Indonesia, dan Thailand. Kini, anak sulung
daripada empat beradik itu mempunyai lebih 1,000 pengedar di negara ini tidak
termasuk di luar negara dan hampir 50 kakitangan di pejabatnya. Bilangan
pekerja itu tidak termasuk pekerja di tiga gudang di Pulau Pinang dan Kuala
Lumpur.
Beliau
yang enggan memberitahu nilai jualan syarikatnya, berkata kini syarikatnya
membekal 35 jenis kurma seperti Rotab Bam, Safia, Mariami, Safawi, Ajwa,
Jewel, Ajmal dan Anbara pada harga antara RM3 hingga RM120
sekilogram. Kurma itu diperoleh dari Asia Barat dan Afrika Selatan,
termasuk Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan.
"Saya
pilih buah berkualiti tinggi berbanding yang ada di pasaran. Pelanggan kami
mengetahui kualiti buah ini dan sanggup berbelanja lebih untuk
mendapatkannya," katanya.
Syarikatnya
juga mengimport pelbagai makanan kering seperti rempah ratus untuk masakan dan
bahan membuat kuih-muih dari pelbagai negara termasuk Amerika Syarikat.Dengan
tempahan yang semakin memberangsangkan di beberapa negara Asia Tenggara,
memaksa syarikat yang kian berkembang untuk memiliki kilang sendiri bagi
menempatkan stok dan membungkus produk dengan jenama sendiri, Yu Ta.
Kilang yang dibina di kawasan seluas hampir lima hektar di Bukit Minyak,
Seberang Prai Tengah, bakal siap sepenuhnya menjelang Mac depan dengan kos RM20
juta. Selain itu, beliau juga berharap perniagaannya terus berkembang maju
dan bagi membolehkan beliau membantu masyarakat yang memerlukan. Bapa kepada
tiga anak yang berusia satu hingga tujuh tahun, berkata rezeki yang diperoleh
itu sentiasa dikongsi bersama golongan kurang bernasib baik pada sepanjang
masa. Kesibukannya yang bertugas dari pagi hingga malam, termasuk hari cuti
tidak menghalang daripada menjalankan kerja kemasyarakatan.
Begitulah
serba ringkas kisah seorang usahawan tempatan, Datuk Yusuf Taiyoob. Bukan
senang nak senang. Tiada jalan pintas untuk kecapi kebahagiaan. Bermacam-macam
dugaan yang Tuhan berikan. Namun, berkat, usaha dan keyakinan terhadap
kekuasaan Allah S.W.T, beliau mampu membuka fenomena baru dalam perusahaan
kurma di negara kita. Oleh itu tidak keterlaluan beliau layak digelar ‘Raja
Kurma Malaysia’, malah anak sulung daripada empat beradik itu turut
mengakui Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas, pernah
memanggilnya dengan gelaran ‘Datuk Kurma’. Semangat dan kesungguhan yang
ditonjolkan oleh beliau menunjukkan beliau sememangnya mempunyai wawasan untuk
menjadi individu yang berjaya. Sebagai seorang pelajar jurusan perniagaan,
semangat sebegitu sememangnya diperlukan dalam menentukan halatuju masa depan
yang bakal dihadapi kelak. Di samping, Datuk Yusuf bukan hanya memikirkan
keuntungan semata - mata, tetapi turut mementingkan aspek sosial dan
kemasyarakatan. Beliau berkongsi kejayaan yang diraih bersama masyarakat
melalui aktiviti beramal, memberi derma kepada golongan yang memerlukan. Hal
ini secara tidak langsung memberi saya satu input berguna bahawa untuk menjadi
seorang usahawan yang dikenali ramai, ia tidaklah bergantung pada faktor
pencapaian sahaja tetapi aspek etika dan nilai murni seharusnya turut dititik
beratkan supaya mendapat penilaian yang positif daripada masyarakat.
Sumber :
- http://www.pingje.org/Infomasi/pengaruh-kurma-yusuf-taiyoob/
- https://groups.google.com/forum/#!msg/sahabat-gua/VIXu0pioaEo/ncx51mKJ2X4J
- http://www.yuta.com/
- http://zhaf-akumenulis.blogspot.com/2011/08/siapakah-yusuf-taiyoob.html
- http://ping.busuk.org/old/267488/rahsia-kejayaan-pengasas-syarikat-kurma-yusuf-taiyoob.html
- http://tirahamatbpme2013.blogspot.my/2014/03/tokoh-di-sebalik-yusuf-taiyoob-sdn-bhd.html